Kumpulan C anak abah ini ditubuhkan pada sekitar akhir tahun 2009,diasaskan oleh anak-anak Kg.Tengah Gemencheh di bawah persatuan Belia 4B Kampung Tengah. Kumpulan ini memainkan muzik caklempong yang dikomesialkan mengikut citarasa zaman sekarang kerana pemain muziknya diangotai oleh anak muda. Kumpulan ini tidak bermain secara Minang dan lebih menjurus kepada muzik Inang, Asli, Keroncong dan Modern. Kumpulan ini berusaha mengubah muzik caklempong Minang ini kepada muzik modern supaya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.Nama C anak abah atau Si anak abah yang bermaksud? Didalam kumpulan c anak abah ini dianggotai oleh anak-anak abah maka bermulalah si anak abah,tambahan pula muzik yang ingin di ketengahkan oleh kami adelah berasaskan Caklempong dengan itu kami mengambil huruf c dalam ejaan caklempong mengantikan dengan Si. Disini kami ingin menyatakan C anak abah membawa dua maksud iaitu Si anak abah atau pun Caklempong anak abah,diminta semua masyarakat dapat menyokong muzik caklempong ini supaya muzik tradisional ini tidak ditelan zaman. Orang Melayu tak akan dikatakan melayu sekiranya melupakan budaya Melayu.
Di atas adalah Tarikh-tarikh yang telah tempah untuk persembahan, Jiak anda juga ingin menepah Kumpulan ini pastikan tarikh anda tidak sama pada tarikh diatas..
Sila Hubungi Ditalian tersebut untuk maklumat lanjut;