Sinopsis canakabah

Tampin, N.Sembilan, Malaysia
Kumpulan C anak abah ini ditubuhkan pada sekitar akhir tahun 2009,diasaskan oleh anak-anak Kg.Tengah Gemencheh di bawah persatuan Belia 4B Kampung Tengah. Kumpulan ini memainkan muzik caklempong yang dikomesialkan mengikut citarasa zaman sekarang kerana pemain muziknya diangotai oleh anak muda. Kumpulan ini tidak bermain secara Minang dan lebih menjurus kepada muzik Inang, Asli, Keroncong dan Modern. Kumpulan ini berusaha mengubah muzik caklempong Minang ini kepada muzik modern supaya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.Nama C anak abah atau Si anak abah yang bermaksud? Didalam kumpulan c anak abah ini dianggotai oleh anak-anak abah maka bermulalah si anak abah,tambahan pula muzik yang ingin di ketengahkan oleh kami adelah berasaskan Caklempong dengan itu kami mengambil huruf c dalam ejaan caklempong mengantikan dengan Si. Disini kami ingin menyatakan C anak abah membawa dua maksud iaitu Si anak abah atau pun Caklempong anak abah,diminta semua masyarakat dapat menyokong muzik caklempong ini supaya muzik tradisional ini tidak ditelan zaman. Orang Melayu tak akan dikatakan melayu sekiranya melupakan budaya Melayu.

Menampilkan Muzik Kolabrasi Minang,Asli,Zapin&Modern untuk Majlis-majlis Formal dan Keramaian.
Penjual Alatan Muzik Modern dan Tradisional.
Khidmat Tenaga Mengajar Muzik Tradisional dan Modern.
Menerima Tempahan Pakai tarian Tradisional Dan Pakaian Tradisional Malaysia.



Ok... Ini Lagu pertama dari C anak abah yang telah direcord, maaf la lagu ni bukan ciptaan kami .. tapi ape-ape pown ini sebagai 1 permulaan dari kami untuk membuat recording.. tapi muziknye sume dari C anak abah walaupun sekarang ahli kumpulan kami tidak mencukupi tapi akhirnye kami berjaya menghabiskan recording untuk lagu ini.. kami akan try wat yang terbaik walau pun kami masih muda untuk memainkan muzik seperti ini.. x semestinya buah muda x boleh dimakan kan? jadi bagi kami mencuba adalah 1 sebahagian laluan untuk terus kedepan..

"BERSAMA KITA MEMPERTAHANKAN SENI BUDAYA KITA"